Jakarta Aktual
Jakarta Aktual

Berita Aktual dan Faktual

Jakarta Aktual
Jakarta Aktual© 2026
Jakarta Aktual
Jakarta Aktual

Berita Aktual dan Faktual

Kembali ke Wiki
Artikel Wikipedia

Jah Hut

Jah Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2.442 dan pada tahun 2010, anggarannya ialah lebih kurang 4.000 orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.

suku bangsa di Malaysia
Diperbarui 16 Oktober 2025

Sumber: Lihat artikel asli di Wikipedia

Jah Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2.442[1] dan pada tahun 2010, anggarannya ialah lebih kurang 4.000 orang[2] yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.

Antara kampung-kampung ini termasuk Kampung Pos Penderas, dan Kampung Keboi di dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Keboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara petempatan-petempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.

Bahasa Jah Hut

Bahasa yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai "bahasa Jah Hut" dan merupakan sebagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa Austro-Asia. Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut' bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan. Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya. Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, Pulau Guai, Ulu Ceres (Cheres), dan Ulu Tembeling.

Kegiatan ekonomi

Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.

Perubatan tradisional

Pengetahuan herba tradisional telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk pertuturan oleh 'bomoh' yang merupakan ahli perubatan tradisional. Jurnal Sains Perubatan India mendokumenkan sekurang-kurang 16 jenis ubat orang Jah Hut. Antara ubat-ubat yang telah disahkan oleh penyelidikan saintifik termasuk Hedyotis capitellata, Melastoma malabathricum, Lycopodiella cernua, dan herba-herba berikut:

  • Eurycoma longifolia: Digunakan sebagai afrodisiak untuk menaikkan syahwat, herba ini merupakan satu herba yang popular antara banyak bangsa di Malaysia dan boleh diperoleh dari pasaran.
  • Morinda citrifolio: Orang Jah Hut menggunakan herba ini untuk merawat bisul melalui pembubuhan topikal daun-daun dan buah-buahnya. Ini berbetulan dengan pengesahan farmakologi yang menentusahkan bahawa bisul sering diakibatkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Oleh sebab M. citrifolia mempunyai sifat-sifat antibakteria untuk menentanginya, rawatan ini bukanlah satu rawatan yang tidak berasas.
  • Vernonia cinerea: Digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan asma, penyelidikan-penyelidikan terkini menunjukkan bahawa V. cineria mempunyai sifat-sifat antiradang dan oleh itu, rawatan ini adalah berkesan.

Antara ubat-ubat orang Jah Hut yang belum disahkan termasuk:

  • Alstonia angustiloba dan Homalanthus populneus: Orang Jah Hut mempergunakan herba ini untuk merawat sakit kepala.
  • Physalis minima, Pyrrosia piloselloides dan Smilax lanceifolia: Herba-herba ini sering digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan sakit.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perubatan orang kebanyakan ini tidak lagi menarik generasi yang lebih muda yang lebih bergantung kepada perubatan barat. Generasi ini tidak lagi dapat mengecam herba-herba serta tidak mempunyai banyak pengetahuan terhadap ubat herba tradisional.

Pada masa sekarang, pemuda-pemudi berhijrah ke kawasan-kawasan bandar untuk pendidikan dan pekerjaan. Oleh itu, hanya orang-orang yang lebih tua mempunyai pengetahuan tentang herba dan dianggarkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang berupaya menggunakan ubat tradisional untuk merawat penyakit.

Rujukan

  1. ↑ Ethnologue.com: D. Bradley
  2. ↑ "Lin KW. Kajian etnobotani untuk tumbuhan perubatan yang digunakan oleh Jah Hut di Malaysia . Jurnal Sains Perubatan India 2005;59:156-161". Diarsipkan dari asli tanggal 2006-09-05. Diakses tanggal 2008-04-14.
Basis data pengawasan otoritas Sunting di Wikidata
Nasional
  • Amerika Serikat
  • Israel
Lain-lain
  • Yale LUX

Bagikan artikel ini

Share:

Daftar Isi

  1. Bahasa Jah Hut
  2. Kegiatan ekonomi
  3. Perubatan tradisional
  4. Rujukan

Artikel Terkait

Kelompok etnik di Indonesia

gambaran umum mengenai berbagai kelompok etnik di Indonesia

Daftar suku bangsa di Indonesia menurut provinsi

artikel daftar Wikimedia

Daftar suku bangsa di Malaysia

artikel daftar Wikimedia

Jakarta Aktual
Jakarta Aktual© 2026